Hidup MESTI Diteruskan…
Seorang sahabat saya (Zahar, bukan nama sebenar) telah putus cinta…
Katanya, dia juga yang silap kerana menyintai gadis tersebut.
Alkisahnya dia sudah ada kekasih yang setia, namun entah bagaimana hatinya terpaut dengan seorang gadis yang tak kurang baiknya juga. Kata Zahar, dia tak mampu menghalang perasaan cinta itu.
Perhubungan selama 5 bulan akhirnya berkecai begitu sahaja. Kata dia kepada si gadis itu, "Maafkan saya. Saya rasa kita tidak wajar meneruskan hubungan ini. Saya perlu setia dengan kekasih saya sekarang".
Namun dalam hatinya, cinta dan sayang kepada si gadis itu amat mendalam. Dia terpaksa berpura-pura tidak mahu meneruskan lagi hubungan itu. Dia terpaksa, kerana dia hanya perlu memilih seorang sahaja, bukan dua.
Si gadis (kekasih kedua) itu terluka. Makan tak lalu tidur tak lena. Begitu mendalamnya cinta dia kepada Zahar. Namun, akhirnya dia akur. Katanya dia amat memahami kerana sebelum ini dia sudah dikecewakan oleh beberapa orang lelaki. Dia pasrah walaupun terluka.. Dia rela lepaskan Zahar.
Zahar menangis tak berlagu. Dia terpaksa melupakan yang satu kerana hanya perlu setia dengan yang satu walaupun dia amat sayang untuk melepaskan si dia pergi.
…………………… Masa terus berlalu. Kini keadaan sudah kembali kepada sedia kala. Si gadis itu khabarnya sudah ada pengganti. Namun bagi Zahar, dia masih bersedih. Dia masih kebingungan. Dia masih mengingati si gadis itu.
Namun pesan saya kepada Zahar, "Sudahlah. Tiada guna mengingati cinta yang tiada harapan itu. Kau perlu setia pada yang satu. Jaga kekasih kau sekarang baik-baik.".
"Jika kau masih memikirkannya, tiada apa yang kau dapat. Hanya membuang masa dan kerja kau pula tak terurus…".
"Zahar, hidup kau MESTI diteruskan". Kata saya lagi.
Zahar akur. Dia mula merancang kembali hidupnya. Dia mesti melupakan segala kenangan indah selama menyintai si gadis itu. Mungkin amat sukar untuk dia melupakan si gadis itu, namun baginya hidup tetap perlu diteruskan.
Hanya masa yang akan menentukan segalanya. Usia dan masa akan mematangkan manusia. Segala yang berlaku adalah sebagai pelajaran. Ia dipanggil pengalaman.
Pesan saya kepada Zahar lagi, "Lain kali, jangan mudah jatuh cinta. Lebih baik jatuh parit daripada jatuh cinta. Luka sebab jatuh parit boleh diubati, tapi luka bercinta, tak ada ubat yang boleh menyembuhkannya semudah memetik jari".
Pedih juga Zahar mendengar ceramah saya. Dia hanya mengangguk sahaja. Namun saya tahu, Zahar adalah jenis lembut hatinya dan kalau dia dah sayangkan sesuatu, dia amat sukar untuk melepaskan ia pergi. Lagi-lagi orang yang dicintai. Jadi, lambat sikitlah kesedihan dia itu akan hilang…
Pesan saya lagi pada Zahar, "Aku rasa, kau banyak-banyaklah solat sunat. Selalulah ke masjid solat berjema’ah. Tingkatkan amal ibadat. Aku yakin, Allah akan bagi kekuatan kat kau. Dan pergilah bersosial sikit dengan kawan-kawan. Kau tak boleh bersendirian. Parah jadinya nanti.".
Nampak sedikit air muka ceria pada mukanya. Mungkin selama ini dia bingung memikirkan jalan keluar daripada kemelut jiwanya itu.
——————–
Kisah di atas adalah sekelumit kehidupan manusia. CINTA adalah normal dan ramai manusia bahagia dan kecewa kerana cinta.
Itu mengenai cinta, lain masalah pun banyak juga. Gagal dalam bisnes, duit tak cukup, orang tersayang pergi selamanya, harga minyak naik, gagal exam dan sejuta satu perkara lagi mewarna-warnikan hidup ini.
Bagi anda yang sedang berkecewa, bergundah-gulana dan sedang bersedih, dengar sini baik-baik, baca dan fahami baik-baik…
Hidup MESTI diteruskan!
Usahalah sebaik mungkin. Senyumlah. ALLAH tetap membantu orang-orang yang ikhlas dan beriman. DIA tetap bersama kita walau tiada sesiapa yang mahu membantu kita. Bagi kita orang Islam, apa yang berlaku adalah ketentuan Allah. Pasrahlah dan teruskanlah hidup ini. Yakinlah, di sebalik kesusahan itu, pasti ada sesuatu yang akan Allah kurniakan kelak.
Usahalah sebaik mungkin. Usahalah dengan rajin dan TEKAD lah untuk maju dan jaya di dunia dan akhirat!
Tiada sesiapa yang dapat membantu anda melainkan diri anda sendiri.
*Oh ya, anda ada apa-apa pesanan untuk si Zahar? Bagi semangat sikit kat dia.
——————————-
Ditulis oleh, SmartZul.
http://blog.smartusaha.com
"Blog Perniagaan Internet"
June 13th, 2008 at 10:11 pm
mmgla en zul ni..
jd pkr motivater..
pergh..
bgs2..hehhe..=p
tp nmpk sgt si zahar 2 xsyg kat awek die spnuhnye..
kalo x,xkan die leh jth cinte kat org lain..huhu..
myb die ptt bace bku membina rse cinte..
buku dr tuah tulis..
sesuai tuk keadaan die skrg..
dlm bku 2 ckp..
mse bcinte..
kt xptt bg ati kt 100 kat org yg kt suka..
sbb die bkn milik kt lg..
lainla kalo die dah kawin..
so mmg wajar bg 100% ati die kat istri die..
sbb allah jdkan hukum alam ni setimpal..
kalo kt wat baik..
kt dpt blsn baik..
kalo kt wat jht..
kt dpt blsn jht..
mcm 2 jugakla kalo kt syg ssorg 2..
sygla sepenuh ati..
tanpa rse ragu2..
kalo kt ragu2 ngn die..
so boleh jd die pon rse cam2 gak..
cewah dah komen pjg ni..
renung2kan n slmt bramal!!!hehhe..=p
salam..
June 15th, 2008 at 8:00 pm
bagus entry ni..
March 10th, 2009 at 2:36 am
Zahar or Zul
March 10th, 2009 at 2:37 am
Saya rasa zahar adalah zul
March 10th, 2009 at 2:59 am
Bagi semangat sikit kat Zahar:
Jgn sesuka hati nak tampar org..
Ingatan pada Zahar:
Bila kita kecewakan hati org lain hati kita akan lebih rasa kecewa..