Menjana Pendapatan Melalui Ebook
Tuesday, August 21st, 2007Konsep Asas Perniagaan Ebook
Ramai yang keliru. Tidak ramai yang faham konsep atau model perniagaan Ebook. Ada yang menganggap ia menjual ilmu yang tak sepatutnya dilakukan. Pemahaman sebegini sebenarnya tercetus akibat tidak mahu atau tidak cuba memahami yang sebenarnya.
Model perniagaan Ebook adalah sama sahaja seperti menulis dan menjual buku, majalah, akhbar dan sebagainya. Cuma sahaja Ebook biasanya dijual beli melalui Internet 100% tanpa melibatkan pengendalian secara offline seperti percetakan dan shipping.
Ebook mempunyai banyak kelebihan:
1. Menjimatkan masa di dalam mendapatkan sesuatu info dan maklumat
2. Tidak perlu bersusah payah mencari sendiri untuk mempelajari sendiri mengenai sesuatu topik.
Menjual Ebook Adalah Termasuk Model Perkhidmatan
Seorang penulis Ebook berusaha di dalam mendapatkan maklumat, membuat kajian, mengumpulkan bahan, melakukan rumusan dan segala kerja untuk menyiapkan sebuah Ebook. Apabila siap, ianya dijual kepada mereka yang memerlukannya.
Jika dilihat kepada proses tersebut, jelas menunjukkan seorang penulis Ebook melakukan perkhidmatan untuk orang lain yang memerlukan maklumat dengan mudah dan cepat.
Tidak Perlu Banyak Bersoal
Jika anda berminat, mulakan sahaja dan jangan pedulikan komen-komen dan pendapat negatif yang tidak menyukai model perniagaan Ebook. Umpama daripada 10 orang, jika 1 tidak suka, 9 lagi akan menyokong usaha anda termasuk saya.
Motivasi Perniagaan
Adalah satu lumrah adanya cabaran di dalam perniagaan. Dan sudah menjadi satu syarat di dalam keusahawanan, kesabaran dan kecekalan WAJIB ada.
Jika anda seorang penakut, tidak berani, mudah terasa dan sebagainya, mungkin jalan terbaik adalah tidak menjadi usahawan. Jika mahu juga, luangkanlah masa untuk meningkatkan jati diri dan kekuatan diri (minda, emosi, fikiran, mental…). Kemudian, jadilah seorang usahawan yang berjaya!
Mulakan Sekarang!
Di dalam perniagaan Internet, banyak peluang yang boleh anda terokai. Menjual Ebook, Audio, Video, servis dan produk fizikal juga. Pilih mana yang anda minat, belajar, bertindak dan FOKUS.
Berkawanlah dengan mereka yang sama usaha dengan anda dan jauhi mereka yang hanya berfikiran negatif. Itu pun jika anda mahu jadi seorang usahawan berjaya.
Tiada Jalan Mudah!
Jangan fikirkan mudah. Jalan yang akan anda lalui ada pahit, manis, suka dan duka. Laluilah dengan penuh kecekalan dan bertawakkallah kepada Allah, Rabbul ‘Alamin. KepadaNya kitaa memohon, kepadaNya kita bertawakkal dan kepadaNya jua kita kembali.
Salam maju jaya!
Wassalam.
Mengenai SmartZuL:
Mod Zulfadli adalah seorang Usahawan Internet sepenuh masa. Selain menjalankan perniagaan Internetnya, beliau juga banyak berkongsi panduan dan tips di blog utamanya di http://blog.smartusaha.com.