RM10K + 25 Tahun + Pasaran Malaysia
Wednesday, March 28th, 2007Syukur kepada Allah, umur saya kini sudah menjangkau 25 tahun! Kawan saya pernah berpesan, sayangilah nyawa kita, Allah bagi kita nyawa, maka jagalah baik-baik. Ya, saya akan buat yang terbaik agar mencapai kebahagian di dunia ini dan di akhirat juga. Sudah semestinya dalam bidang perniagaan Internet yang amat saya cintai…
Alhamdulillah, matlamat saya untuk mencapai income sekurang-kurangnya RM10 ribu sebelum 25 tahun telah tercapai, hanya dari pasaran Malaysia! RM10,000 (lebih dari 10K) itu tidak termasuk pendapatan dari jualan/servis/program (yg legal lah) dari luar negara. RM10k itu tidak sedikit, tapi amat banyak dalam bidang perniagaan kecil-kecilan ini. Modal yang kurang daripada RM100, tetapi hasilnya lebih daripada RM10 ribu, maka jika dikira, keuntungan itu adalah sebanyak 100 kali ganda daripada modal asal! Inilah ebiz, yang ramai orang tak tahu hakikatnya.
Malah, ada yang kurang yakin dengan pasaran Malaysia. Mereka silap, mereka meninggalkan pasaran (market) di depan mata mereka yang tak kurang lumayan juga.
Oklah, kalau nak baca pasal ebiz, sila lah ke blog smartusaha.com di http://blog.smartusaha.com.
Jika anda ingin berjaya dalam usaha anda, pegang prinsip ini, "jadilah diri sendiri dan buat apa yang anda mahu buat!". * benda yang halal lah.
Wassalam.
Yang benar,
Mohd Zulfadli
Usahawan Internet
http://blog.smartusaha.com
http://bloggingsteps.com/tips