Hidup MESTI Diteruskan…

June 10th, 2008 by smartzul

Seorang sahabat saya (Zahar, bukan nama sebenar) telah putus cinta…

Katanya, dia juga yang silap kerana menyintai gadis tersebut.

Alkisahnya dia sudah ada kekasih yang setia, namun entah bagaimana hatinya terpaut dengan seorang gadis yang tak kurang baiknya juga. Kata Zahar, dia tak mampu menghalang perasaan cinta itu.

Perhubungan selama 5 bulan akhirnya berkecai begitu sahaja. Kata dia kepada si gadis itu, "Maafkan saya. Saya rasa kita tidak wajar meneruskan hubungan ini. Saya perlu setia dengan kekasih saya sekarang".

Namun dalam hatinya, cinta dan sayang kepada si gadis itu amat mendalam. Dia terpaksa berpura-pura tidak mahu meneruskan lagi hubungan itu. Dia terpaksa, kerana dia hanya perlu memilih seorang sahaja, bukan dua.

Si gadis (kekasih kedua) itu terluka. Makan tak lalu tidur tak lena. Begitu mendalamnya cinta dia kepada Zahar. Namun, akhirnya dia akur. Katanya dia amat memahami kerana sebelum ini dia sudah dikecewakan oleh beberapa orang lelaki. Dia pasrah walaupun terluka.. Dia rela lepaskan Zahar.

Zahar menangis tak berlagu. Dia terpaksa melupakan yang satu kerana hanya perlu setia dengan yang satu walaupun dia amat sayang untuk melepaskan si dia pergi.

…………………… Masa terus berlalu. Kini keadaan sudah kembali kepada sedia kala. Si gadis itu khabarnya sudah ada pengganti. Namun bagi Zahar, dia masih bersedih. Dia masih kebingungan. Dia masih mengingati si gadis itu.

Namun pesan saya kepada Zahar, "Sudahlah. Tiada guna mengingati cinta yang tiada harapan itu. Kau perlu setia pada yang satu. Jaga kekasih kau sekarang baik-baik.".

"Jika kau masih memikirkannya, tiada apa yang kau dapat. Hanya membuang masa dan kerja kau pula tak terurus…".

"Zahar, hidup kau MESTI diteruskan". Kata saya lagi.

Zahar akur. Dia mula merancang kembali hidupnya. Dia mesti melupakan segala kenangan indah selama menyintai si gadis itu. Mungkin amat sukar untuk dia melupakan si gadis itu, namun baginya hidup tetap perlu diteruskan.

Hanya masa yang akan menentukan segalanya. Usia dan masa akan mematangkan manusia. Segala yang berlaku adalah sebagai pelajaran. Ia dipanggil pengalaman.

Pesan saya kepada Zahar lagi, "Lain kali, jangan mudah jatuh cinta. Lebih baik jatuh parit daripada jatuh cinta. Luka sebab jatuh parit boleh diubati, tapi luka bercinta, tak ada ubat yang boleh menyembuhkannya semudah memetik jari".

Pedih juga Zahar mendengar ceramah saya. Dia hanya mengangguk sahaja. Namun saya tahu, Zahar adalah jenis lembut hatinya dan kalau dia dah sayangkan sesuatu, dia amat sukar untuk melepaskan ia pergi. Lagi-lagi orang yang dicintai. Jadi, lambat sikitlah kesedihan dia itu akan hilang…

Pesan saya lagi pada Zahar, "Aku rasa, kau banyak-banyaklah solat sunat. Selalulah ke masjid solat berjema’ah. Tingkatkan amal ibadat. Aku yakin, Allah akan bagi kekuatan kat kau. Dan pergilah bersosial sikit dengan kawan-kawan. Kau tak boleh bersendirian. Parah jadinya nanti.".

Nampak sedikit air muka ceria pada mukanya. Mungkin selama ini dia bingung memikirkan jalan keluar daripada kemelut jiwanya itu.

——————–

Kisah di atas adalah sekelumit kehidupan manusia. CINTA adalah normal dan ramai manusia bahagia dan kecewa kerana cinta.

Itu mengenai cinta, lain masalah pun banyak juga. Gagal dalam bisnes, duit tak cukup, orang tersayang pergi selamanya, harga minyak naik, gagal exam dan sejuta satu perkara lagi mewarna-warnikan hidup ini.

Bagi anda yang sedang berkecewa, bergundah-gulana dan sedang bersedih, dengar sini baik-baik, baca dan fahami baik-baik…

Hidup MESTI diteruskan!

Usahalah sebaik mungkin. Senyumlah. ALLAH tetap membantu orang-orang yang ikhlas dan beriman. DIA tetap bersama kita walau tiada sesiapa yang mahu membantu kita. Bagi kita orang Islam, apa yang berlaku adalah ketentuan Allah. Pasrahlah dan teruskanlah hidup ini. Yakinlah, di sebalik kesusahan itu, pasti ada sesuatu yang akan Allah kurniakan kelak.

Usahalah sebaik mungkin. Usahalah dengan rajin dan TEKAD lah untuk maju dan jaya di dunia dan akhirat!

Tiada sesiapa yang dapat membantu anda melainkan diri anda sendiri.

*Oh ya, anda ada apa-apa pesanan untuk si Zahar? Bagi semangat sikit kat dia. ;)

——————————-

Ditulis oleh, SmartZul.
http://blog.smartusaha.com
"Blog Perniagaan Internet"

Salam AidilFitri - SmartZul

October 9th, 2007 by smartzul

Assalamu’alaikum kepada saudara seAgamaku…

Di sini saya hanya mahu mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri. Mohon maaf jika ada sebarang kesilapan dan kekurangan.

Balik kampung bawa kereta hati-hati. Singgah kat mana-mana untuk segarkan mata. :)

Ingatlah orang yg menyintai kita terutama yang masih bujang tu. :p

Salam AidilFitri dan semoga bergembira hendaknya. InsyaAllah.

3eed_3

Get Your Graphic Here

Yang Ikhlas,
Mohd Zulfadli (smartzul)
http://blog.smartusaha.com

Menjana Pendapatan Melalui Ebook

August 21st, 2007 by smartzul

Konsep Asas Perniagaan Ebook

Ramai yang keliru. Tidak ramai yang faham konsep atau model perniagaan Ebook. Ada yang menganggap ia menjual ilmu yang tak sepatutnya dilakukan. Pemahaman sebegini sebenarnya tercetus akibat tidak mahu atau tidak cuba memahami yang sebenarnya.

Model perniagaan Ebook adalah sama sahaja seperti menulis dan menjual buku, majalah, akhbar dan sebagainya. Cuma sahaja Ebook biasanya dijual beli melalui Internet 100% tanpa melibatkan pengendalian secara offline seperti percetakan dan shipping.

Ebook mempunyai banyak kelebihan:

1. Menjimatkan masa di dalam mendapatkan sesuatu info dan maklumat

2. Tidak perlu bersusah payah mencari sendiri untuk mempelajari sendiri mengenai sesuatu topik.

Menjual Ebook Adalah Termasuk Model Perkhidmatan

Seorang penulis Ebook berusaha di dalam mendapatkan maklumat, membuat kajian, mengumpulkan bahan, melakukan rumusan dan segala kerja untuk menyiapkan sebuah Ebook. Apabila siap, ianya dijual kepada mereka yang memerlukannya.

Jika dilihat kepada proses tersebut, jelas menunjukkan seorang penulis Ebook melakukan perkhidmatan untuk orang lain yang memerlukan maklumat dengan mudah dan cepat.

Tidak Perlu Banyak Bersoal

Jika anda berminat, mulakan sahaja dan jangan pedulikan komen-komen dan pendapat negatif yang tidak menyukai model perniagaan Ebook. Umpama daripada 10 orang, jika 1 tidak suka, 9 lagi akan menyokong usaha anda termasuk saya. :)

Motivasi Perniagaan

Adalah satu lumrah adanya cabaran di dalam perniagaan. Dan sudah menjadi satu syarat di dalam keusahawanan, kesabaran dan kecekalan WAJIB ada.

Jika anda seorang penakut, tidak berani, mudah terasa dan sebagainya, mungkin jalan terbaik adalah tidak menjadi usahawan. Jika mahu juga, luangkanlah masa untuk meningkatkan jati diri dan kekuatan diri (minda, emosi, fikiran, mental…). Kemudian, jadilah seorang usahawan yang berjaya!

Mulakan Sekarang!

Di dalam perniagaan Internet, banyak peluang yang boleh anda terokai. Menjual Ebook, Audio, Video, servis dan produk fizikal juga. Pilih mana yang anda minat, belajar, bertindak dan FOKUS.

Berkawanlah dengan mereka yang sama usaha dengan anda dan jauhi mereka yang hanya berfikiran negatif. Itu pun jika anda mahu jadi seorang usahawan berjaya.

Tiada Jalan Mudah!

Jangan fikirkan mudah. Jalan yang akan anda lalui ada pahit, manis, suka dan duka. Laluilah dengan penuh kecekalan dan bertawakkallah kepada Allah, Rabbul ‘Alamin. KepadaNya kitaa memohon, kepadaNya kita bertawakkal dan kepadaNya jua kita kembali.

Salam maju jaya!

Wassalam.

Mengenai SmartZuL:

Mod Zulfadli adalah seorang Usahawan Internet sepenuh masa. Selain menjalankan perniagaan Internetnya, beliau juga banyak berkongsi panduan dan tips di blog utamanya di http://blog.smartusaha.com.

RM10K + 25 Tahun + Pasaran Malaysia

March 28th, 2007 by smartzul

Syukur kepada Allah, umur saya kini sudah menjangkau 25 tahun! Kawan saya pernah berpesan, sayangilah nyawa kita, Allah bagi kita nyawa, maka jagalah baik-baik. Ya, saya akan buat yang terbaik agar mencapai kebahagian di dunia ini dan di akhirat juga. Sudah semestinya dalam bidang perniagaan Internet yang amat saya cintai…

Alhamdulillah, matlamat saya untuk mencapai income sekurang-kurangnya RM10 ribu sebelum 25 tahun telah tercapai, hanya dari pasaran Malaysia! RM10,000 (lebih dari 10K) itu tidak termasuk pendapatan dari jualan/servis/program (yg legal lah) dari luar negara. RM10k itu tidak sedikit, tapi amat banyak dalam bidang perniagaan kecil-kecilan ini. Modal yang kurang daripada RM100, tetapi hasilnya lebih daripada RM10 ribu, maka jika dikira, keuntungan itu adalah sebanyak 100 kali ganda daripada modal asal! Inilah ebiz, yang ramai orang tak tahu hakikatnya.

Malah, ada yang kurang yakin dengan pasaran Malaysia. Mereka silap, mereka meninggalkan pasaran (market) di depan mata mereka yang tak kurang lumayan juga.

Oklah, kalau nak baca pasal ebiz, sila lah ke blog smartusaha.com di http://blog.smartusaha.com.

Jika anda ingin berjaya dalam usaha anda, pegang prinsip ini, "jadilah diri sendiri dan buat apa yang anda mahu buat!". * benda yang halal lah. :)

Wassalam.

Yang benar,
Mohd Zulfadli
Usahawan Internet

http://blog.smartusaha.com
http://bloggingsteps.com/tips

Selamat Datang Ke Blog Frenster SmartZuL

November 9th, 2006 by smartzul

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera semua..

Selamat datang ke blog frenseter saya ni. Actually, saya ada blog personal sendiri. Bagi yang belum tahu, anda boleh melawat di http://blog.smartusaha.com untuk membaca tulisan saya mengenai perniagaan dan keusahawanan internet. Di sana, saya akan kongsi mengenai tips, teknik dan strategi pemasaran internet yang berkesan.

Di blog frenster ni saya tak akan update hari-hari. Kalau ada benda2 umum mengenai kehidupan harian, atau apa sahaja yang saya rasa nak tulis, saya akan tulis.

Sekali lagi, jika anda belum add saya ke akaun frenster anda, add sekarang.

Sama-sama kita gunakan frenster ni untuk benda yang bermanfaat iaitu sebagai "networking tools".

Sekian dulu, jumpa lagi.

Ikhlas,
SmartZul

http://www.smartusaha.com
http://www.bloggingsteps.com/tips